HIBAH TAKAFUL

Lindungi Masa Depan Keluarga anda dengan pelan Hibah Takaful

MENGENAI HIBAH TAKAFUL

Apa Itu Hibah Takaful & Bagaimana Ia Berfungsi?

Hibah Takaful merupakah perlindungan kewangan Patuh Shariah yang akan memastikan keluarga yang ditinggalkan akan mendapat sejumlah pampasan untuk mereka meneruskan kehidupan setelah ketiadaan anda (meninggal dunia).

Tidak seperti insurans nyawa konvensional, Hibah yang bermaksud ‘hadiah’ membolehkan anda menyalurkan manfaat hibah secara terus kepada penama yang dinamakan tanpa perlu melalui Faraid.

Hibah Takaful juga menyediakan perlindungan dan sokongan kepada anda untuk meneruskan kehidupan sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal ke atas diri anda.

Selain daripada Hibah Takaful, terdapat juga perlindungan lain seperi Medical Card Takaful, pelan perlindungan Sakit Kritikal (Critical Illness), perlindungan Kemalanga Peribadi (Personal Accident), pelan Simpanan & Pelaburan, dan banyak lagi.

Mengapa Hibah Takaful Adalah Penting ?

Melindungi Pendapatan

Sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut terjejas! Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah Takaful untuk diri anda. Apabila terkena Hilang Upaya Kekal, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada.

Protect your Family

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.

Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.

Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah Takaful keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.

Menyelesaikan Hutang & Pinjaman

Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal atau Meninggal Dunia? Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?

Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?

Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah Takaful.

Mengekalkan Gaya Hidup

Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?

Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?

Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.

Melindungi Aset & Pelaburan

Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang oleh kerana tiada perancangan dibuat untuk melindungi aset-aset anda.

Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.

BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN HIBAH TAKAFUL

Ketahui Pelbagai Pilihan Pelan Hibah Daripada Pelbagai Syarikat Takaful di Malaysia

 

TAKAFULHUB.COM
HAPPY CLIENTS
0 k+