
Apakah itu Medical Card & Mengapa Anda Perlukannya?
Medical Card Takaful merupakan suatu bentuk perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat Takaful di Malaysia. Ia memberikan perlindungan yang akan menyelesaikan bil-bil hospital anda di saat anda memerlukan.
Bayangkan ketika anda memerlukan dana yang banyak untuk membuat rawatan di hospital, adakah anda ingin menggunakan wang simpanan anda untuk tujuan tersebut? Pastinya tidak mahu! Jadi dengan adanya Medical Card Takaful ini, segala bil rawatan hospital anda akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat Takaful yang dipilih.
Selain daripada Medical Card Takaful, syarikat-syarikat Takaful di Malaysia juga menawarkan perlindungan lain sepeti Hibah Takaful, perlindungan Sakit Kritikal (Critical Illness), perlindungan Kemalangan Peribadi (Personal Accident), pelan Simpanan dan Pelaburan, dan banyak lagi.

Mengapa Anda Perlu Ada Medical Card Takaful Segera?

Malang Tidak Berbau
Pernah dengar MALANG TIDAK BERBAU? Belum ada cara lagi untuk meramal bilakah masanya anda akan ditimpa musibah. Sebaiknya anda bersedia dari SEKARANG

Rawatan yang Pantas
Tidak dinafikan hospital kerajaan sangat bagus, tetapi ianya SANGAT PADAT dengan pesakit-pesakit lain. Adakah anda suka dengan kesesakan ketika anda sedang sakit dan perlu menunggu untuk dirawat berjam-jam lamanya? Sanggupkah anda? Fikir-fikirkan..

Elak Guna Duit Simpanan
Sangat bagus memiliki simpanan untuk masa hadapan. Adakah anda suka keluarkan duit simpanan anda semata-mata untuk MEMBAYAR bil rawatan di hospital berpuluh-puluh ribu? pastinya TIDAK!

Tidak Perlu Buat Pinjaman Bank
Anda tahu berapa kos untuk merawat penyakit kanser? Ramai orang TERPAKSA MEMBUAT PINJAMAN dengan bank untuk membiayai kos rawatan yang menelan RATUSAN RIBU ringgit. Anda nak buat pinjaman bank dan mahu menanggung hutang bank pula? Makin bertambah bebanan anda..

Tidak Perlu Gadai Harta Benda
Mengumpul aset dan harta bukanlah suatu perkara yang mudah! Pastinya anda juga tidak mahu ASET-ASET DAN HARTA BENDA TERGADAI semata-mata untuk membiayai kos rawatan di hospital.
BAGAIAMANA NAK DAPATKAN MEDICAL CARD
Ketahui Pilihan Pelan Medical Card yang Ditawarkan oleh Pelbagai Syarikat Takaful di Malaysia