KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL

Melindungi Pendapatan
Sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut terjejas!
Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah Takaful untuk diri anda. Apabila terkena Hilang Upaya Kekal, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada.

Melindungi Keluarga
Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.
Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.
Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah Takaful keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.

Menyelesaikan Hutang & Pinjaman
Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal atau Meninggal Dunia? Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?
Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?
Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah Takaful.

Mengekalkan Gaya Hidup
Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?
Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?
Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.

Melindungi Aset & Pelaburan
Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang oleh kerana tiada perancangan dibuat untuk melindungi aset-aset anda.
Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.


FAKTA PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA
RM42 Billion Harta Beku & Tak Dituntut
Apabila berlakunya kematian,semua harta & akaun si mati termasuk Simpanan Bank, Pelaburan-Pelaburan, ASB, EPF akan dibekukan bagi melalui proses wasiat atau faraid.
Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk waris/ahli keluarga mendapatkan wang dengan segera bagi meneruskan hidup sementara harta-harta yang dibekukan dapat dicairkan semula.
Hibah Takaful juga dapat bantu mengelakkan konflik & perbalahan dalam ahli keluarga disebabkan perebutan harta yang ditinggalkan. Hal ini kerana, Hibah Takaful tidak boleh dipertikai dan dicabar oleh sesiapa sahaja & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
KELEBIHAN HIBAH AIA TAKAFUL
Mengapa Anda Perlu Pilih Hibah AIA Takaful?
Perlindungan Hibah AIA Takaful bermula dari perlindungan serendah RM50K sehingga RM4 Juta tanpa perlu melalui ujian saringan kesihatan/medical check up. AIA juga telah mempunyai rekod bayaran pampasan yang tinggi kepada pencarum takaful iaitu sebanyak RM3.19 Billion pada tahun 2024 sahaja. Lebih memudahkan lagi, segala prosedur untuk mendaftar atau Signup pelan Hibah AIA TAkaful ini boleh dibuat secara online saja melalui perunding takaful AIA yang berdaftar. Manfaat-manfaat lain yang ada pada dalam pelan Hibah AIA Takaful adalah seperti di bawah.

100%
Bayaran pampasan 100% untuk kematian biasa atau akibat sakit yang membawa kepada kematian.

200%
Bayaran pampasan 200% (2X Ganda) untuk kematian yang disebabkan oleh kes-kes kemalangan.

300%
Bayaran pampasan 300% (3X Ganda) untuk kematian yang berlaku ketika di pengangkutan awam.

600%
Bayaran pampasan 600% (6X Ganda) untuk kematian yang berlaku disebabkan oleh bencana alam.
PERMOHONAN HIBAH AIA TAKAFUL
1. Isi Borang Permohonan Quotation
Isi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan Quotation yg disediakan. Maklumat-maklumat tersebut diperlukan untuk Perunding Takaful sediakan Quotation yang tepat dan sesuai dengan profil gaya hidup anda. Isi selengkapnya dan klik butang 'Bagi Saya Quotation.
2. Berhubung Secara Online Dengan Ejen Takaful
Setelah anda memohon Quotation, anda akan dihubungi oleh Perunding Takaful dalam tempoh 24 jam. Segala pertanyaan berkenaan pelan takaful yang anda mahukan, boleh dikemukakan dan Perunding Takaful berkenaan akan membantu anda sebaiknya.
3. Hantar Permohonan Pelan Takaful Secara Online
Setelah anda berpuas hati dengan segala penerangan yang diberikan, Perunding Takaful akan membantu anda untuk membuat permohonan Pelan Takaful yang anda mahukan secara atas talian. Permohonan anda akan diluluslan dalam tempoh 24jam (T&C).